PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK

Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear.

Friday, August 28, 2009

PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR

Cara Menginterprestasi Data Graf Bar
  1. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar
  2. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf bar. Unit kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti
  3. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar pemboleh ubah tersebut
  4. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah media. Sekiranya terdapat data anggaran, perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR

Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan
  1. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan
  2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar
  3. Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
  4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

  1. Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi
  2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu
  3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
  4. Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
  5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah
  6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan
  7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

  1. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam graf bar

PETUA 1 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA

Cara Menginterprestasi Data
  1. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam jadual
  2. Perhatikan juga nota kaki, catatan tambahan dan nilai-nilai berserta unit kuantiti yang digunakan.
  3. Pemerhatian yang teliti dapat membantu calon memahami kandungan jadual dengan tepat
  4. Pastikan data-data yang dikemukakan dalam jawapan tidak diambil bulat-bulat daripada jadual.
  5. Data-data perlu diinterprestasi dan diproses dengan mengambil kira nilai perubahan sama ada pertambahan (peningkatan), pengurangan, peratusan perubahan atau peratusan sumbangan, bergantung kepada kehendak soalan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN JADUAL

Teknik Menjawab Soalan Jadual

Pendahuluan
  1. Teliti dan fahami jadual yang diberikan
  2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk
  3. Tulis 'Jadual ini menunjukkan ..... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
  4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

  1. Berikan sekurang-kurangnya 4 isi
  2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar terlebih dahulu (perubahan mengikut tahun)
  3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
  4. Berikan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
  5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah
  6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan
  7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon
  8. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu disingkirkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

  1. Tulis secara ringkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam jadual

PENGENALAN BAHAGIAN E

Pengenalan
  1. Bahagian E bertujuan menguji kebolehan calon untuk mengubah bentuk media komunikasi daripada bentuk bukan linear, iaitu bahan grafik kepada bentuk linear atau esei.
  2. Bahan grafik seperti jadual, carta aliran, carta pai, graf garis, graf bar dan gambar rajah digunakan untuk mempersembahkan sesuatu data atau maklumat
  3. Bahan grafik mengandungi maklumat yang membentuk idea-idea utama untuk dipindahkan dalam bentuk teks linear
  4. Bahagian E turut menguji kebolehan calon untuk menganalisis data atau maklumat yang dikemukakan dalam bentuk grafik dan kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk teks linear

Monday, August 17, 2009

BAHAGIAN E : MERUMUS MEDIA (GRAF BAR)

Pada hari Selasa, 18 Ogos 2009 pelajar PraU2B2 akan mempelajari Bahagian E iaitu merumus media. Pelajar akan belajar cara merumus graf bar. Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan graf kompaun mengikut kaedah yang betul.

TIPS MENJAWAB SOALAN
1. Pelajar hendaklah memahami graf bar yang diberikan sama ada graf bar kompaun atau komponen dll. Sila perhatikan pemboleh ubah yang dituliskan pada tajuk graf bar. Tulis "Graf bar ini menunjukkan... (sila rujuk tajuk sebagai asas). Kemudian pelajar harus menyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang dinyatakan. Pelajar harus memberikan nilai mutlak dan peratus.

2. Pelajar seharusnya menyatakan sekurang-kurangnya 4 isi. Perubahan secara mendatar iaitu perubahan mengikut tahun perlulah diterangkan terlebih dahulu. Pelajar perlu menghuraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan. Seterusnya pelajar perlu memberi alasan punca yang menyebabkan perubahan data tersebut. Punca atau sebab tersebut perlulah mengikut kehendak soalan.

3. Pelajar seterusnya menyatakan perbandingan secara menegak iaitu mengikut tahun-tahun yang dipilih. Pelajar boleh pilih pemboleh ubah yang paling tinggi dan juga yang paling rendah. Berikan huraian dan hujah berkaitan nilai mutlak dan peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan.Perhatian : Sila asingkan perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan dengan perenggan analisis data (jika soalan meminta pandangan pelajar)

TIPS CARA MENGINTERPRESTASI DATA
1. Pelajar perlu mengenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat di dalam graf bar
2. Lihat nilai skala pada paksi menegak graf bar untuk dapatkan data bagi pemboleh ubah.
3. Kenal pasti unit kuantiti pemboleh ubah.
4. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk baru pemboleh ubah tersebut.
5. Sila perhatikan sebarang catatan tambahan @ nota kaki. Jika terdapat data anggaran, perkataan anggaran perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

CONTOH RANGKA JAWAPAN
Pendahuluan
Graf bar ini menunjukkan ...... tahun.. hingga tahun... Secara keseluruhannya, jumlah ....

Isi dan huraian

Kesimpulan
Kebanyakan keluaran ......

SELAMAT BELAJAR