PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK

Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear.

Monday, February 1, 2010

KUMPULAN 5

KUMPULAN 4

KUMPULAN 3

KUMPULAN 2

KUMPULAN 1

Friday, August 28, 2009

PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR

Cara Menginterprestasi Data Graf Bar
  1. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar
  2. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf bar. Unit kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti
  3. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar pemboleh ubah tersebut
  4. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah media. Sekiranya terdapat data anggaran, perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR

Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan
  1. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan
  2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar
  3. Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
  4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

  1. Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi
  2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu
  3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
  4. Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
  5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah
  6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan
  7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

  1. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam graf bar