Pendahuluan
- Teliti dan fahami graf bar yang diberikan
- Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar
- Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
- Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)
Isi dan Huraian
- Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi
- Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu
- Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
- Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
- Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah
- Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan
- Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon
Kesimpulan
- Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam graf bar
bagaimana nak huraikan jdual y hanya mmpunyai peratus dalam data y diberi?.bagaimana nak kaitkan dengan peningkatan positif atau negatif n sebagainya?
ReplyDeletekalau tajuk adalah jelaskan perubahan....
ReplyDeletesaya ikut cara pola untuk menulis, tapi tiada perkataan pola dalam karangan saya, adakah itu akan mengurangkan markah saya???
*tajuk hanya tulis perubahan dan tiada perkataan "pola" dalam tajuk...
STPM 2010 soalan 9
boleh tak tlg bagi contoh untuk jwpan yg lengkap
ReplyDeletebagaimana nak huraikan jdual y hanya mmpunyai peratus dalam data y diberi?.bagaimana nak kaitkan dengan peningkatan positif atau negatif n sebagainya?
ReplyDeletejawapan:
isi 1 (secara keseluruhan):
-pola meningkat berterusan
-pola menurun berterusan
-pola tidak konsisten
isi 2/isi 3/isi 4
- kadar positif
- kadar negatif
- pernah positif
- pernah negatif
salam, nak tanya ada had ke perenggan untuk bahagian E .. kalau soalan graf ?
ReplyDelete