PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK

Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear.

Friday, August 28, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR

Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan
  1. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan
  2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar
  3. Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
  4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

  1. Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi
  2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu
  3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
  4. Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
  5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah
  6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan
  7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

  1. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam graf bar

5 comments:

  1. bagaimana nak huraikan jdual y hanya mmpunyai peratus dalam data y diberi?.bagaimana nak kaitkan dengan peningkatan positif atau negatif n sebagainya?

    ReplyDelete
  2. kalau tajuk adalah jelaskan perubahan....
    saya ikut cara pola untuk menulis, tapi tiada perkataan pola dalam karangan saya, adakah itu akan mengurangkan markah saya???

    *tajuk hanya tulis perubahan dan tiada perkataan "pola" dalam tajuk...

    STPM 2010 soalan 9

    ReplyDelete
  3. boleh tak tlg bagi contoh untuk jwpan yg lengkap

    ReplyDelete
  4. bagaimana nak huraikan jdual y hanya mmpunyai peratus dalam data y diberi?.bagaimana nak kaitkan dengan peningkatan positif atau negatif n sebagainya?

    jawapan:
    isi 1 (secara keseluruhan):
    -pola meningkat berterusan
    -pola menurun berterusan
    -pola tidak konsisten

    isi 2/isi 3/isi 4
    - kadar positif
    - kadar negatif
    - pernah positif
    - pernah negatif

    ReplyDelete
  5. salam, nak tanya ada had ke perenggan untuk bahagian E .. kalau soalan graf ?

    ReplyDelete