PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK

Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear.

Monday, August 17, 2009

BAHAGIAN E : MERUMUS MEDIA (GRAF BAR)

Pada hari Selasa, 18 Ogos 2009 pelajar PraU2B2 akan mempelajari Bahagian E iaitu merumus media. Pelajar akan belajar cara merumus graf bar. Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan graf kompaun mengikut kaedah yang betul.

TIPS MENJAWAB SOALAN
1. Pelajar hendaklah memahami graf bar yang diberikan sama ada graf bar kompaun atau komponen dll. Sila perhatikan pemboleh ubah yang dituliskan pada tajuk graf bar. Tulis "Graf bar ini menunjukkan... (sila rujuk tajuk sebagai asas). Kemudian pelajar harus menyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang dinyatakan. Pelajar harus memberikan nilai mutlak dan peratus.

2. Pelajar seharusnya menyatakan sekurang-kurangnya 4 isi. Perubahan secara mendatar iaitu perubahan mengikut tahun perlulah diterangkan terlebih dahulu. Pelajar perlu menghuraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan. Seterusnya pelajar perlu memberi alasan punca yang menyebabkan perubahan data tersebut. Punca atau sebab tersebut perlulah mengikut kehendak soalan.

3. Pelajar seterusnya menyatakan perbandingan secara menegak iaitu mengikut tahun-tahun yang dipilih. Pelajar boleh pilih pemboleh ubah yang paling tinggi dan juga yang paling rendah. Berikan huraian dan hujah berkaitan nilai mutlak dan peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan.Perhatian : Sila asingkan perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan dengan perenggan analisis data (jika soalan meminta pandangan pelajar)

TIPS CARA MENGINTERPRESTASI DATA
1. Pelajar perlu mengenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat di dalam graf bar
2. Lihat nilai skala pada paksi menegak graf bar untuk dapatkan data bagi pemboleh ubah.
3. Kenal pasti unit kuantiti pemboleh ubah.
4. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk baru pemboleh ubah tersebut.
5. Sila perhatikan sebarang catatan tambahan @ nota kaki. Jika terdapat data anggaran, perkataan anggaran perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

CONTOH RANGKA JAWAPAN
Pendahuluan
Graf bar ini menunjukkan ...... tahun.. hingga tahun... Secara keseluruhannya, jumlah ....

Isi dan huraian

Kesimpulan
Kebanyakan keluaran ......

SELAMAT BELAJAR

No comments:

Post a Comment