PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK

Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear.

Friday, August 28, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN JADUAL

Teknik Menjawab Soalan Jadual

Pendahuluan
  1. Teliti dan fahami jadual yang diberikan
  2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk
  3. Tulis 'Jadual ini menunjukkan ..... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
  4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

  1. Berikan sekurang-kurangnya 4 isi
  2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar terlebih dahulu (perubahan mengikut tahun)
  3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
  4. Berikan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
  5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah
  6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan
  7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon
  8. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu disingkirkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

  1. Tulis secara ringkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam jadual

No comments:

Post a Comment